Lumrah hidup, pabila tidak ada…itulah yang dikenang-kenang. Dulu pandang sebelah mata pun tidak.
Orang cakap pasal blog la, jangan salah faham.
Sedang mencari semangat menulis yang kian hilang. Terkenang kembali kepada blog pertama; Indhibat.net.
Banyak kenangan manis padanya. Antaranya dengan indhibat.net la dapat berhubung semula dengan sahabat-sahabat yang dulunya berprogram bersama. Lebih manis dapat berhubung semula dengan Mukhtar suhaili, Amin Idris, membuat pautan blog antara satu sama lain malah mungkin di blog Muhtar Suhaili masih ada kesan-kesan sejarah Indhibat.net.
Malah, Indhibat.net juga dulunya selalunya menerima kunjungan Ustaz Nik Abduh lantaran ketika beliau baru bertatih dalam arena blog ini, saya antara yang selalunya menyibuk dan buat-buat sibuk dalam blog beliau. Sehingga kini masih ada lagi Indhibat.net dalam pautan blognya.
Malu bercampur ‘kembang hidung’ melihat orang-orang yang popular seperti mereka sudi meletakkan Indhibat.net dalam pautan mereka. Namun, ia hanya tinggal kenangan.
Indhibat.net sudah berkubur lebih tiga tahun dahulu dan sekarang penulisnya juga hampir-hampir sahaja menguburkan dirinya daripada dunia blog dan penulisan.
Moga ALLAH memberikan kekuatan kepadaku.
Tinggalkan Jawapan